Saya mendapati ramai orang kurang kesedaran tentang cara penyelamatan semasa kebakaran berlaku khasnya Orang Kurang Upaya (OKU). Oleh itu, saya bersama AJK YMM Taman Suria berputus untuk menganjurkan Program lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat, Larkin Johor Bahru. Program tersebut sangat berjaya dan telah mendapat seramai 65 orang menyertai daripada belia dan orang kurang upaya.
Peserta-peserta amat menghargai peluang ini kerana dapat memperbelajari cara-cara memberi khidmat pemadaman, pencegahan dan pengawalan semasa kebakaran berlaku terutama OKU diberi peluang untuk belajar cara menggunakan pemadam api dan dapat mengetahui cara menghubungi bomba dan tindakan pencegahan.


No comments:
Post a Comment